Thursday, September 2, 2010

Kenapa Mudah Lupa???



Kenapa Mudah Lupa
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik


Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa



  1. Mengabaikan solat lima waktu
  2. Sering bercakap bohong
  3. Selalu mungkir janji
  4. Makanan yang shudhah (meragukan) status halal



Cara untuk mengatasi masalah lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci seimbang dan halal





Cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran
  1. Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  2. Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan dapat cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihtanya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif. Gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  3. Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambarrajah, Venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  4. Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  5. Mengulang dan mengingat kembali :Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan ebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  6. Kurangkan Teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci
  7. Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.

No comments:

Post a Comment