Thursday, August 12, 2010

Hepi2 SEM1...

Adik2 semua...kami balik dulu yer...belajar molek...sampai berjaya..panjang umur kita jumpe lg...we all love u...:-)



Bergambar kenangan bersama Pengetua dan kaunselor Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka...Program pembentukan jati diri unggul...berlangsung selama 3 hari 2 mlm...19,20 n 21hb september 2008...thanz to all my frenz cz give me chance to join your progam..i really hepi...walaupun saya bukan ahli group ini tp masih berpeluang untuk menyertainya..inilah pengalaman menjalankan program yang pertama kali sy alami...thanz you all...




Bila fasi yg bt persmbhn???...gempaq 1 dewan...he5...caya la utu...




Dik..tgk apa tu??....






Malam persembahan yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri....sedihnyer...hargailah kedua-dua ibubapa kita...tanpa mereka siapalah kita..hu5..





Apa tu dik??...cam serius je...he5...




peace....:-)...senyum sokmo....




Bersama adik2 kumpulan 8...semua cun2 n hensem2...t ade pjg umur kite jumpe lg yea...hope success in everything u do...







Bersama barisan fasilitator yg hebat2 semua...love u all....peace :-)






Sesi pendaftaran bermula...

Suka-Suki SEM 1

Bersama banner program yg dilukis sendiri oleh kami ahli kumpulan...(untuk jimat bajet..he5)...cantik x banner kumpulan kami..??..hehehe

Inilah barisan peserta program kami..yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia 5 hingga 6 tahun..hehehe...untuk seketika rasa cam kanak-kanak lak..huhuhu


Gambar kenangan semasa menjalankan program untuk asgmt pembangunan sahsiah...program bersama adik-adik di sekolah tadika di Pantai Pengkalan Balak, Melaka...

Tuesday, August 10, 2010



Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan dan yang mengikuti blog ini...dengan harapan semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang sebelumnya...dalam kita bergembira menyambut kehadiran bulan yang mulia ini..jangan sesekali kita lupa pada yang telah tiada..(Al-Fatihah untuk mereka)...dan juga kepada orang yang tidak berdaya...

Bulan yang penuh keberkatan, Ramadhan tiba kembali...semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun yang sebelumnya...

Saturday, August 7, 2010


Semua ahli kumpulan bergambar kenangan bersama kaunselor sekolah dan guru pen. kanan sekolah...Gambar ni diambil semasa kami menjalankan program dadah di Sekolah Agama Menengah Sungai Selisik, Behrang di Perak...Program ini berjalan selama sehari iaitu pada 21 Februari 2010...yang bertemakan "Selangkah Membawa Padah "...Thanz to all my frenz cz bg sepenuh komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini....

Bergambar kenangan bersama banner setelah selesai majlis penutup...walaupun penat tetapi semua ahlu kumpulan masih lagi mampu tersenyum di hadapan kamera...he5...

Saturday, July 17, 2010

PANDUAN SOLAT QASAR & JAMA'

Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:

1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)