Thursday, September 2, 2010

KENAPA SAYA KE SEKOLAH?


Kenapa saya ke sekolah??

Pelajar yang mempunyai kesedaran dan bermotivasi tinggi

  • Saya hendak belajar dan berjaya ke universiti
  • Saya ingat pesan ibu dan bapa agar belajar bersungguh-sungguh dan berjaya
  • Saya ingin mendapat 5A dalam UPSR
  • Saya ingin mendapat 8A dalam PMR
  • Saya ingin mendapat 10A dalam SPM
  • Saya belajar di universiti luar negara
  • Saya mahu mencapai cita-cita menjadi seorang doktor @ jurutera @ guru
  • Saya kasihan melihat ibu bapa saya yang susah dan ingin berjaya untuk membalas jasa mereka
  • Saya seronok ke sekolah dan belajar bersama kawan-kawan
  • Saya sedar saya mesti belajar rajin-rajin dan berjaya untuk menjadi manusia berguna

MATLAMAT KEHIDUPAN



Apa itu matlamat kehidupan?
  1. satu harapan atau cita-cita yang ingin dicapai.
  2. Sumber yang menggerakkan motivasi kepada manusia.





Cara Menetapkan Matlamat :
- Dibina dengan bersungguh-sungguh.

- Fleksibel atau boleh disemak semula iaitu sentiasa terbuka untuk disemak,
diperbaharui atau
dibaiki untuk kesempurnaan matlamat tersebut.

- Dibina berdasarkan Model 'BE SMART'
B = Belief and Began ( Yakin dan Mulakan )

E = Enthusiatic ( Sifat Beria-ia )

S = Script ( Bertukis )

M = Measurable ( Boleh diukur dan Dinilai )

A = Attainable But Challenging ( Mencabar dan Dinilai )

R = Reasonable ( Ada sebab dan Tujuan yang jelas )

T = Time Frame ( Ada Jangka Masa )

- Merangkumi matlamat sikap, Akademik, Kerjaya dan Kehidupan

Kenapa Mudah Lupa???



Kenapa Mudah Lupa
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik


Perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa



  1. Mengabaikan solat lima waktu
  2. Sering bercakap bohong
  3. Selalu mungkir janji
  4. Makanan yang shudhah (meragukan) status halal



Cara untuk mengatasi masalah lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, berzina dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci seimbang dan halal





Cara agar ingatan lebih kuat dan dapat bertahan lama dalam aspek pelajaran
  1. Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  2. Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan dapat cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihtanya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif. Gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  3. Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambarrajah, Venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  4. Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  5. Mengulang dan mengingat kembali :Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan ebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  6. Kurangkan Teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci
  7. Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari.

Thursday, August 26, 2010

Jom kenali Personaliti berdasarkan Tulisan



Pertama : Tekanan

1. Tekanan yang kuat: Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas. maka dia adalah seorang yang sihat, pantas, dan sedikit agresif.

2. Tekanan yang Ringan : Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak bebekas. Dia adalah seorang yang kuran bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

1. Tulisan yang bulat-bulat : Semua huruf ditulis dengan bulat. dia adalah seorang yang emosional. prihatin, pengasih, penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan ( otak kreatif).

2. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper : Tulisan yang angular dan sharp. dia adalah seorang yang rasional, bekerja dengan sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak
di sebelah kiri (otak logical).

Tuesday, August 24, 2010

RESEPI KEK KEJAYAAN


Bahan-Bahan yang Diperlukan:


  1. Semangkuk keyakinan
  2. Secawan ketekunan
  3. Sesudu impian dicampur kesabaran
  4. 1/2 cawan doa disirami serbuk ketakwaan
  5. Secubit harapan
  6. Segenggam kasih sayang ayahbonda
  7. Sehiris kecekalan
  8. Selayang doa


Cara-cara Membuatnya :

* Semangkuk keyakinan digaul bersama ketekunan membentuk doh
keazaman.
* Doh keazaman dibiarkan selama beberapa ketika dan kemudian
dicampur dengan sesudu
impian dan 1/2 cawan doa diuli bersama.
* Harapan & kasih sayang ayahbonda ditambah ke dalam doh keazaman serta dicampurkan hirisan kecekalan.
* Letakkan adunan doh keazaman ke dalam loyang tawakkal...bakar di dalam oven semangat bersama selayang doa...
* Kek kejayaan yang telah siap dihiasi dengan bunga-bunga senyuman dan daun-daun kegembiraan. Hidangkan di dalam pinggan kesyukuran..

Berlalu sudah sem4...KINI di SEM5

Program Motivasi : "Meniti Pelangi"

Bila first day mula kuliah kuliah..lecture lebih memberitahu senarai asingment yang perlu di lakukan pada sem ni..antaranya ialah asingment untuk buat program di sekolah..1 kumpulan 10 orang..tempat ditentukan sendiri..waduh2..mcm mana ini..kena bt program..seblh2 nya sblm puasa..mcm mana nie..puasa lg 3 minggu..so that mean kane bt program dlm 3 minggu nie..akhirnya saya 1 kumpulan dgn su, kimah, aini, faridah, kak ini, tung, suwan n sia jing...pada awalnya nk bt kt sekolah dekat kedah..tp terlalu jauh n takut Dekan X sign..di saat kami dh buntu cari masalah..saya teringt akan instraktor makmal pada sem2 yang menjadi kaunselor sekolah di Ipoh...tp malangnya dia sudah tidak lagi menjadi kaunselor di sekolah tersebut dan telah bertukar ke MRSM...dia menawarkan kpd saya ke Sekolah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh..oleh krn di sebbkn mslh teknikal..kami tidak dpt menjlnkn program di sekolah tersebut..dia mencadangkan kepada saya untuk ke sekolah Raja Chulan, Ipoh...


Akhirnya, kami sepakat bersetuju untuk memilih sekolah yang di cadangkan...meeting by meeeting di dijalankan untuk membuat perbincangan mengenai program yang dijalankan..spy berjalan dgn lancar...AJK telah dilantik...tempat sekolah dh ditetapkan..tarikh juga sudah ditetapkan iaitu 30, 31 julai n 1 Ogos 2010...kertas kerja sdh disiapkan cuma tunggu kelulusan en Aziz n Dekan Fakulti...bila Tndtgn En Aziz sudah dpt..tggl tndtgn Dekan Fakulti..janji nk pegi ambk selasa cz ari jumaat dh nk bertolak..tp...sedih sgt2 bila kami dimaklumkan bhwa krts kerja kami hlg...fakulti yang hlgkn...cmna nie..tggl 3 hari je lg...dgn pertlgn En Aziz...kami membuat semula kertas kerja n dgn secpt mgkn mendptkn tndtgn beliau dan Dekan...akhir selesai satu mslh kami...

Tepat jam 5.30 pada 30 Julai, dgn menaiki Van UPSI kami bertolak ke SMK Raja Chulan, Ipoh..Bila memasuki pintu pagar sekolah tersebut..tiba2 kami rasa berdebar2...macam mana nanti yea..student mcm mana...cikgu2 ok x?..mcm2 yg kami fkrkn waktu itu...




Program bermula pada pukul9..iaitu sesi pendaftaran..semua peserta memberikan sepenuh komitmen..bila semua sudah mendaftarkan diri..aktiviti seterusnya ialah "ice breaking" n bahagi kumpulan....program dijalankan selama 3 hari...





Peserta program di bahagikan kepada 10 kumpulan...


KEESOKANNYA....31 Julai


Aktiviti senamronik...untuk mencergaskan badan,,disamping untuk menghilangkan rasa mengantuk yang masih lagi bersisa...




Slot Ceramah 5domain





Projek Bakun...




Slot Sibuta ku Sayang...( cari apa tu dik...jumpa ke duitnyer)..he5


Hari Terakhir, 1 Ogos 2010...



Ahli2 Jawantankuasa bergambar ke6gan dengan kaunselor Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh, Perak....berdiri dari kiri : kak ina, suwan, faridah, aini, su n tung..duduk dari kiri : sia jing, cg razmi n syakimah





Bergambar ke6gan bersama peserta perempuan...



suka-duka sem3

PROGRAM DADAH : SELANGKAH MEMBAWA PADAH




Adik2 SESMA bersama-sama akak2 Faci